Pelancaran dan pelancaran semula Gerbang Kayangan

Flyer ini untuk mempromosikan album tersebut ketika itu

Album ini telah dijual sebanyak 50,000 salinan. Ia merupakan jualan paling tertinggi dan ia kali pertama album ini berjaya dijual di sekitar Eropah. Pada tahun 2006, Syarikat rakaman InterGlobal melancarkan semula album ini sebagai edisi 'deluxe' termasuk lagu-lagu bonus yang belum pernah dikeluarkan sebelum ini. Pada tahun 2015, Sil Khannaz telah bekerjasama dengan syarikat rakaman Gates of Metal Records (kini dikenali sebagai Mamat Records) untuk melancarkan semula dalam bentuk format 12" rekod vinil dan dijual sebagai edisi terhad. Jualan LP ini juga sebanyak 500 salinan sahaja dalam pelbagai warna LP tersebut.[1] Versi CD juga telah dilancarkan semula pada 13 Mei 2017 dan ia juga dijual sebanyak 500 salinan sahaja.